Jun 2, 2010

Tentang kawan saya Cikgu Labib

Salam semua, semasa saya Ride motor ke Kuala Tahan, Pahang, saya ada berjumpa dengan kawan saya ni, dia seorang guru di Cheras, dan tinggal di Gombak, Pinggiran.

Kawan saya ni juga baru membeli sebuah motorsikal ER6N (4 bulan lalu) sama macam saya lah, kira kawan sepermotoran. Tapi, yg hebatnya kawan saya ni, dia banyak mengembara/melancong bersama isteri tersayang. Blog yg ditulis oleh isterinya pun saya cukup kagum, sebab banyak cerita, banyak gambar. Bila baca, macam kita pulak yg melancong (melancong secara maya, virtual).

Baru-baru nih, semalam kot, saya ada bercakap menerusi tel, dia tengah bersiap nak ke Borneo, Sabah dan Sarawak. Motor dia dah lama hantar , bayaran dengar khabor RM1,500. Beliau akan Ride sepanjang Sabah, Brunei, Sarawak sejauh 3, 400 km dengar nya. Saya doakan beliau selamat sepanjang perjalanan motornya. Dan balik nanti, saya harap beliau akan menulis fasal adventure ride ini, dengan gambar motor sekali, ya Cikgu Labib, nanti saya tunggu....http://zmah-ceritaku.blogspot.com/

2 comments:

  1. Terima Kasih Tuan Blog...
    Trans-Borneo sekarang ceritanya di Pulau Labuan.Selamat membaca.

    ReplyDelete
  2. Trans-Borneo...ceritanya di Sibu.Terima Kasih Tuan Blog.

    ReplyDelete