Setelah balik dari Kuala Tahan, semalam, pagi tadi (Ahad) bila nak start motor dah tak boleh, beberapa kali mencuba, memang tak dapat dah, (try lebih 5 kali, dah bunyi pelik - mungkin alternator takut rosak).
Aku memberanikan diri, tel Fuad dapatkan tips, akhirnya dapat pasang sendiri , bateri yg aku dah beli 2 minggu kot, dari Tg Sepat.
Bab ke-2 ni: Cara tukar bateri sendiri.
Antara tips panduan yg aku dibagitahu oleh pomen kedai (Fuad pun remind aku) adalah:
1. Cara nak masukkan acid bateri tu - kena isi tegak, elak melimpah keluar.
2. Tanggalkan/buka kabel negatif dulu, kemudian baru yg positif.
3. Bila nak pasang pula, pasang kabel positif dulu, baru negatif.
4. Lepas isi acid, biar 30 minit - 1 jam.
5. Start then bawa pusing-pusing, biar bateri dicharge.
Suka saya menyambung Part 2:
Tengahari tadi saya buat satu per satu, dah sampai akhir, apabila enjin motor distart, Alhamdulillah, dengan sekali tekan (lembut) shj, ia terus mudah distart...
Mulai hari ni, saya akan tengok berapa tahun dapat pakai bateri baru kali ke-2 ni. Bateri pertama dulu, dapat pakai 2 tahun lebih kurang. Sebab tahun 2008, bulan 6 (Agaknya pihak Kawasaki dah pasang bateri sejak keluar production sebelum bulan Jun 2008 lagi).
Pengalaman saya yg agak susah sikit ialah:
1. masa nak tekan asid bateri nih ke dlm bateri- kerana kena tekan kuat ke dlm casing bateri, sebab lubang asid bateri disalut aluminium foil (Ingat: Jangan dikopek aluminium foil tu, nanti asid meleleh keluar, caranya tekan kuat)
- yg lain, semua senang shj, macam a,b, c...
Yg berbeza dengan bateri dulu hanyalah pada:
- spec yg ni, output 12 Ah (Yg dulu 10Ah) (Makna yg ni lebih power kata Fuad)
- keluaran Taiwan (Yg dulu China)
Ok, selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment