Dec 12, 2010

Ride ke Kuala Kurau pada 11-12/12/2010

Semalam saya telah selamat pulang dari Ride ke Kuala Kurau.

Ride yang dirancang melibatkan beberapa kawan rapat FERNO tak berapa menjadi sebab ramai yg tak dapat turut serta atas  urusan lain dan kemalangan yang tidak dapat dielakkan, takdir ketentuan Ilahi.

Akhirnya saya dan Ustaz Syed Mokhtar berdua,  meluncur menebas angin ke Utara Perak, menuju Kuala Kurau namanya. Kawasan destinasi sangat cantik dengan jeram air dari gunung yg sejuk airnya dan cantik pemandangannya.

Kami tinggal di Chalet, kongsi berdua, murah je RM50 semalam.

Perjalanan :

- Berjumpa di Tol Jln Duta

- minum pagi di RNR Sg Buloh (dapat berita Bro Fuad jatuh).

- Singgah di Bidor, rumah ayah mertua dan jumpa anak - Aiman dan Amin yg cuti sekolah di Rumah Atok mereka.

- Mencari, menemani Abg Fuad yang down di Teluk Intan (Kasihan Bro, tapi syukur tuan badan selamat, cuma motor kena masuk wad).

- Tersesat ke Selatan (Sebab percayakan arah haluan yg salah besar diberi oleh seorang Bro India).

- Patah balik ke Utara - mencari Kg Gajah, Beruas, Terong, Taiping, Kuala Kurau.

- Perjalanan ke Kuala Gula - terpaksa ditunda next time atas faktor masa.

Gambar, video dan suasana di Kuala Kurau



2 comments:

  1. bestnya ada er-6n Sj terigin nk ade 1... huh..

    ReplyDelete
  2. Teringin juga nak ke sini...kena atur strategi.

    ReplyDelete