May 19, 2010

Kedai Lau, Tg Sepat

Semalam cuti sebab kereta rosak.

Di sebelah petang (selepas kereta dibaiki di Bengkel) naik kereta berpandukan GPS dan Tel. aku akhirnya berjaya sampai di Kedai En. Lau, di Tg. Sepat yg terkenal dengan barang motor lebih murah. Jarak 1 hala = 60 km dari Putrajaya.

Hari hujan, namun walaupun kedai dah ditutup awal, En. Lau masih tunggu aku sampai sekitar jam 6.30 petang. Aku beli banyak juga:
- Bateri : RM120 (Kat Kawa RM650)
- Cover motor : RM20 je (ArRaubi pernah beli RM50 kot)
- Minyak 4T Sikolene : RM26 x 2 = RM52
- Plug : RM45 x 2 = RM90 (Kat luar RM 100 lebih 1 shj)
- Oil filter : RM35 (Sekarang dah naik RM51 kot)
- Motul chain lube : RM40 (kat luar aku beli dulu RM60)
- Sikolene spray : RM28 kot (lupa dah)(kat luar rasanye 40an)
TOTAL: RM385

rasanya BERBALOI NILAI PEMBELIAN AKU NI

2. Satu lagi, En Lau bagi explanantion byk perkara yg penting dari segi pemakaian alat-alat motor macam minyak yg sesuai,

- Cth 1: kalau pakai myk 10-30 memang rasa ringan, tapi tak boleh pakai lama, 1500 km dah kena tukar, sebab myk dah kurang performance, pakai 10-40, 20-50 berat sikit, tapi minyak jadi senyap

- kalau pakai 10-40 (yg dia recommend, paling sesuai), pakai:
i) setakat 3,000km kalau dlm bandar
ii) 5,000km - jarak jauh

- dia kata tak payah sambung banyak pada bateri, nanti tak power bateri tu


-dia ada jual Powerjet GPR, boleh adjust sendiri RM 1,000 klik http://www.intobikes.co.uk/products?st=mn&mn=0148&pt=0045

2 comments:

  1. askm...abg Y, pe fungsi powerjet 2???

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ...encik yusuf, saya baru nak berjinak dgn er6n nie (insya allah awal jan 2011 sambaq sebijik) dan kurang arif ttg port barang motor (sport bike above) yang murah melainkan kat area sentul tu je la (ex-cub rider dulu2, 00'-04') kalu tak keberatan bole bgtau lokasi kedai mr lau ni tak. btw, saya tinggal di klang. terima kasih en.yusuf. SALAM PERKENALAN -zahier6n-

    ReplyDelete