Betul, dah lama dah aku tak menambah assessories pada motor aku, semalam, Rabu, 2 September 2009, aku pi KL, pergi kedai NKS dan kedai givi, jalan ipoh:
A. Di kedai NKS:
1. Aku tambah double signal - dah lama minta kedai motor lain buat, tapi depa tak pandai, kat sini depa pasang kos RM45 ++ (Gambarnya nanti aku masukkan), suis signal letak kat depan fairing kiri, bahagian dalam, senang, kesannya, 2 lampu signal hijau kat panel meter akan menyala,..;
2. Aku pasang radiator protector, kosnya RM85 (berbungkus cantik punya, ada tulis for ER6N 06-08.
Kedai tu juga ada lagi untuk tambah, engine protector - kena cabut slider protector, (aku kata kemudian fikir) kosnya dalam RM400 ++ kot?, dan dia juga ada AHM exhaust (RM800 dan RM1,000 utk carbon punye).
B. Di kedai GIVI:
3. Aku tukar windshield baru yg besar givi universal punye, pasang kat handle, memang besar dan dapat kurangkan banyak rintangan angin, semasa balik aku bawa dekat 160km/j, senang je....
Kosnya RM400. Yg nih memang lama dah aku aim nak pasang, cuma tunggu lebih 1 tahun , ingat nak pasang yg lebih baik, atau tunggu givi keluarkan model baru, tapi penungguan kurang berhasil, takpelah aku tak nak tunggu lagi, pasang....(Gambar kemudian ye);
4. Aku beli ponco baju hujan GIVI keluaran baru, harge RM35 shj, ada 3 colour, aku ambil kuning,
Itulah serba sedikit, bye...
No comments:
Post a Comment