Apr 19, 2009

Balik Kampung Naik Motor

Kelmarin, Sabtu 18 April 2009, aku berpeluang balik kampung di Bidor, Perak naik motor ER6N aku nih,.... wife dan anak-anak dah balik naik kereta hari Jumaat sebelumnya. Putrajaya - Bidor = 170 km sahaja.

Seronok naik motor nih, sekejap boleh press laju, sekejap maintain 135 km/j, turun naik ikut selera.

Bila nak berhenti kat mana-mana pun senang, stop minum dulu, borak-borak . Petang tu hujan renyai-renyai kat Behrang, aku stop jap bawah jambatan, borak dgn Brother (50an) berbangsa India, borak fasal kehidupan, campur suasana politik semasa.

Hala balik ke KL jalan jam, aku ok je. Sampai kat  tol Jalan Duta, sholat maghrib (tangan ada menggigil sikit, tak pernah kena macam nih lagi, apasal ya? - laju sangat ke, angin sejuk ke, handle kena letak pemberat kot?).

Ringkas cerita, perjalanan baik, selamat dan enjoyable.

Cuma satu ketika, semasa lalu dekat stesen keretapi KL,  ketika tu hari hujan, jalan licin, bila tayar belakang bergesel dengan rel besi atas jalan, ada skidding sikit, tapi dapat controlled. Alhamdulillah, ditambah sebab tak laju, tak tekan brek, selamat tak tergolek.

PESANAN: Bila hari hujan, jaga-jaga pandang atas jalan : 1. Sebarang rel besi atas jalan, line putih/kuning atas jalan, bekas plastik atas jalan, rumput tepi jalan (Yg nih aku tergelincir jatuh patah kaki dulu) 2. Jangan terkejut dan tertekan brek depan, brek belakang ok lagi, yg depan nih mencengkam sangat.

Tips : Belajar dari kesilapan kita yg lalu, dan 2. kesilapan orang lain.

No comments:

Post a Comment