Apr 21, 2009

Sekali sekala kena refresh balik...

Selepas melayari internet , dan menulis on your blog, mari lihat gambar-gambar cantik dan menarik seperti ini...
           

Apr 20, 2009

Adakah ia akan berwajah baru, lebih BESAR?

Bulan lepas, aku dah beli cat candy plasma blue (terima kasih kat Madi, for the info) 0.5 liter 2 tin, sebab satu coat, satu cat 2 lapis (cat 2K). Tak mahal RM80 je.

Dan, pagi tadi, dah htr ke kedai cat kat Sg. Besi, Amir (Tel: 0166993259) sebanyak 9 keping/pieces of panel + rear hugger.

1. rear hugger, 2. penutup rantai (belakang), 3. cover bawah exhaust, 4. fairing kiri (yg tercalar dulu,Jatuh), 5. +  6.  (2 panel sebelah kiri) , dan 7.+ 8.+ 9. (3 panel sebelah kanan) = 9 pieces.

Bila siap ? Amir kata petang nih kot? Nanti kita tengok hasilnya.....TUNGGU>>>>

Apr 19, 2009

Balik Kampung Naik Motor

Kelmarin, Sabtu 18 April 2009, aku berpeluang balik kampung di Bidor, Perak naik motor ER6N aku nih,.... wife dan anak-anak dah balik naik kereta hari Jumaat sebelumnya. Putrajaya - Bidor = 170 km sahaja.

Seronok naik motor nih, sekejap boleh press laju, sekejap maintain 135 km/j, turun naik ikut selera.

Bila nak berhenti kat mana-mana pun senang, stop minum dulu, borak-borak . Petang tu hujan renyai-renyai kat Behrang, aku stop jap bawah jambatan, borak dgn Brother (50an) berbangsa India, borak fasal kehidupan, campur suasana politik semasa.

Hala balik ke KL jalan jam, aku ok je. Sampai kat  tol Jalan Duta, sholat maghrib (tangan ada menggigil sikit, tak pernah kena macam nih lagi, apasal ya? - laju sangat ke, angin sejuk ke, handle kena letak pemberat kot?).

Ringkas cerita, perjalanan baik, selamat dan enjoyable.

Cuma satu ketika, semasa lalu dekat stesen keretapi KL,  ketika tu hari hujan, jalan licin, bila tayar belakang bergesel dengan rel besi atas jalan, ada skidding sikit, tapi dapat controlled. Alhamdulillah, ditambah sebab tak laju, tak tekan brek, selamat tak tergolek.

PESANAN: Bila hari hujan, jaga-jaga pandang atas jalan : 1. Sebarang rel besi atas jalan, line putih/kuning atas jalan, bekas plastik atas jalan, rumput tepi jalan (Yg nih aku tergelincir jatuh patah kaki dulu) 2. Jangan terkejut dan tertekan brek depan, brek belakang ok lagi, yg depan nih mencengkam sangat.

Tips : Belajar dari kesilapan kita yg lalu, dan 2. kesilapan orang lain.

Apr 17, 2009

KENDURI

Tarikh telah ditetapkan: 9 Mei 2009 (Sabtu), bertempat di Presint 6, Tasik Putrajaya, Jam 3 petang - 7.15 malam.

Target : Melebihi 50 orang owners ER6Ns, Nama Club tak rasmi - FERNO (Friends of ER6 owners Malaysia).

"Jumpa anda di sanA"

Apr 14, 2009

Apa part/modification yg dah dibuat pada er6n

Senarai parts dan modifications: (Sehingga 14 April 2009)

1. Mula-mula pasang windshiels (givi)

2. Then pasang bobbin.

3. Pasang BM Horn 2 bijik.

4. Tukar side mirrors (Yg lama goyang).

5. Pasang lampu LED kat belakang (ada suiz oi, boleh on and off).

6. Pasang fork stabilizer.

7. Pasang nut isi angin L-shape kat tayar (Dulu seksa isi angin)

8. Turunkan sikit fork (Dengar khabor boleh lap baik sikit).

9. Tambah Givi box kat belakang (with stop light).

10. Pakai octane booster (X-IR, ok ka?)

Nak buat air brush pada motor anda?

Hari tu saya ada jumpa seorang, ehh 2 orang (Khairul dan kawannya, Paul) di Puchong, ajak Abang Ahmad sekali nak bincang dgn seorang yg pandai buat cat air bush pada badan motor (pada kereta, dan sebagainya, dia memang pandai), kita bagi design , dia akan redesign balik....

Dia ada maklumkan saya website dia utk anda nilai sendiri hasil kerja dia, cantik bro... http://paulairbrushing.blogspot.com/2009/02/paul-airbrushing.html

Forum ER6N Baru

Yes, ianya terus berkembang. Abang Ahmad telah membuka satu Forum yg khusus kpd ER6N owners, berkonsep "dari ahli kepada ahli", membolehkan banyak perkongsian ilmu, dan perjumpaan (tts) dapat disusun,...thanks to big brother kita!

Alamatnya di : http://er6.my-forums.net/

Web yg dulu : http://er6club.friendhood.net/ tidak berapa meriah,

Forum MBC yg asal : http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php/topic,58287.80.html

Nanti sambung lagi....