Bersama kawan-kawan ArRaubi dan wife, Dr. Shakirin dan wife, Lekuq dan wife, Rizal shr dan wife, Fuad, Jufri, Andika, Donn, Taja, Ams (azhar), Syed??, Abg Aziz dan 3 orang Raub, kami telah mengikuti jln lama melalui Raub, Jerantut, hingga ke Kuala Tahan.
Pergi hari Jumaat pagi, keluar rumah sebelum jam 7 pagi, RV di BHP Karak hi-way, sampai di Kuala Tahan jam 1.00pm.
Tidur semalam di Teresik Viem Motel, dan balik jam 12.00pm Sabtu(Check out Hotel) singgah di rumah Rizal shr untuk menyabit buah salak, dan balik KL petang tu...
Antara aktiviti menarik adalah:
- naik bot ke Kelah Sanctuary.
- naik bot rapids shooting ke Sungai Tembeling, berhenti di Nusa Camp.
Bab jumpa kawan-kawan baru, antaranya:
- berborak dengan Abg Labib, seorang guru sekolah di Cheras, KL - seorang yg penuh berani, adventurous sekali, dan banyak pengalaman menarik, dan rupanya dia turut membaca blog saya, jika ada faedah kpd orang lain, Alhamdulilah...
- berjumpa dengan Abg Abd. Aziz, telah bersara dari Telekom, dan telah pakai 7 buah motor besar. Sekarang bawa motor Honda CB1000 cc.
- berborak dengan Taja, seorang pegawai Tentera ATM, bekas lulusan UIA, dlm bidang Undang-undang, rupanya kawan baik kpd En. Gunawan, kawan PTD aku, jiran di Presint 9, Putrajaya, Rakan RP (Rakan Pembimbing JPM)...cuma dia dari Batch 96 (Aku batch 95).
- berborak dengan Dr. Shakirin, seorang Dr di Kapar, Kelang dan wife nya yg sgt energetic orangnya...
http://er6.my-forums.net/viewtopic.php?t=2790&mforum=er6
No comments:
Post a Comment