Feb 20, 2009

GPS pada motor

Hari tu, dalam perjalananke Kawasaki di Glenmarie, Shah Alam, aku ashik silap jalan sebab tak biasa. Dalam mencari-cari jalan, jumpa satu kedai makan di PJ, aku berhenti makan thari. Lepas makan aku jalan ke kedai sebelah ada jual GPS. Bila tanya, "you ada gps utk motor ke?", dia kata ada, dia pasang, modified sikit, cantik... Terus beli, dan pasang terus pada tank motor er6n aku. Lepas tu memang senang nak pergi kilang Kawasaki, ikut jeh arah gps tu.

So, untuk pembaca sekelian, beli dan pasanglah gps atas motor kita, senang nak pergi ke mana-mana lepas nih, tak payah lagi tanya orang tepi jalan. Jika tak pakai kat motor, Boleh buka, pakai kat kereta pula. Nak pakai pada basikal pun boleh, nak pegang bawa jogging pun boleh...gambar nanti I upload ya...

Feb 18, 2009

Gambar Konvoi 7 Heavens Bulan Jan 2009

Kumpulan kami yg diberi nama 7 Heavens telah berjaya melakukan konvoi amal pada 24 -27 Januari 2009 sempena cuti Chinese New Year baru-baru nih. Perjalanan melebihi 2,000 km sungguh happening, seronok dan terkandung cerita-cerita kawan tolong kawan yg menunjukkan kebaikan hati ahli-ahlinya. Diketuai Brother Syed Aziz, Rosli, Khalid, Hamdan dan saya Yusuff berlima motor dan diikuti 2 buah kereta logistik (membawa barang-barang bantuan, beg pakaian peserta semua). Terima kasih kepada Brother Syed Aziz yg sanggup sponsored perbelanjaan yg terlibat - tempat tinggal, makan minum, dan minyak.

Seperti biasa kami menunggang ER6N (4 buah) dan Z1000 (Syed Aziz). 

1. Perjalanan dari KL ke Bidor, lalu jalan kampung ke Teluk Intan, jalan pesisir pantai, sampai ke Gurun, Kedah. Jam 5 ptg , mereka pergi ke 3 rumah orang susah sumbangkan bantuan (Macam program  BersamaMu di TV3).

2. Hari ke-2, dari Kedah, kami ke Kuala Perlis lalu jalan tepi pantai, cantik. Makan laksa Kedah kat situ, sambung perjalanan ke Tasik Banding, Perak lalu Pengkalan Hulu. Terus ke Kota Bahru lalu jalan belum siap melalui ...sambung next time

2. 

Feb 10, 2009

Hari ni saya masuk web site er6n baru

Hari ni, ada kawan kita yang dah up kan website utk er6n di Malaysia,

http://er6club.friendhood.net/

... diharap ia dapat menarik ramai lagi er6n members. Seterusnya, dapat leh kita share lebih banyak info fasal motor kita nih dengan lebih ramai kenkawan....Aku dah register, how about you?

Dec 31, 2008

3 gambar




3 gambar

2 Panduan Utama

Menungganglah dengan 2 perkara ini selalu diingati :

1. Berhati-hati

2. Cekap

The kids, the bike and myself

My kids love the bike too...

Blog Kawasaki ER6N Malaysia

Blog ini dicipta KHAS buat penunggang motorsikal Sport bike Kawasaki ER6N Chapter Malaysia dan dibuka untuk komen buat peminat motorsikal ini juga. Untuk pengetahuan umum, motorsikal ini telah dipasang secara CKD di kilang Kawasaki yg baru dibuka di Shah Alam, Malaysia dan dilancarkan pada 11 Jun 2008. Bermula dengan Batch pertama sejak pelancaran pada tahun 2008 itu, sebanyak lebih kurang 50 buah ER6N telah melunsur laju di jalan raya-jalan raya di Malaysia lantas memeriahkan lagi dunia Superbike Malaysia.

Usaha sedang dilakukan untuk mengumpulkan mereka ini di bawah satu Kelab ER6N Malaysia, antaranya dengan mengadakan pertemuan (gathering), laman web dan termasuklah Blog ini sebagai pemangkin kepada banyak lagi program dan aktiviti yang akan dirancang pada masa hadapan supaya semua ahli Kelab ini dapat berkongsi maklumat, panduan dan tips-tips yg berguna mengenai motorsikal mereka, dalam meningkatkan prestasi enjin, mencantikkan rupa dan gaya dengan modifikasi dan banyak lagi...

Akhir kata, diharap semua ahli Kelab dapat berkongsi (sharing) sebarang maklumat dengan yang lain supaya Kelab kita lebih MERIAH...