Jan 7, 2011

People have been asking me about this bike.

Ada orang pernah bertanya kepada saya tentang motor ER6N ni, antaranya yg saya petik di bawah adalah emel En. Zahrul kepada saya:
Nor Zahrul Hayzraai wrote to me
show details 12/14/10

Salam En Yusuff,

Saya terbaca mengenai your blog mengenai ER6N. Saya bercadang ingin beli sebiji motor ni. Memandangkan En Yusuff dah pakai motor ni lebih 2 tahun, saya harap n Yusuf tak keberatan menghulurkan sedikit pandangan mengenai motor ni dari segi kos maintenance dan kepuasan menunggang motor ni.

Saya ni baru nak belajar bawak motor > 500 cc. Dgn harganya yg berpatutan, saya ingat motor ni paling sesuai bg org "novice" mcm saya. Tp, kalau dapat pandangan yg lebih baik dari org yg dah ada cukup pengalaman mungkin lg baik.

Saya harap En Yusuf dapat memberikan sedikit pandangan :)

Terima Kasih.

Salam,

Zahrul, W.Melawati Reply Forward

Your message has been sent.

Reply from yusuff latif to Nor

show details 1:24 PM (1 minute ago)

Salam. Maaf sebab baru terbaca emel Zahrul ni. Kalau tanya saya, memang lah saya cukup puas hati dengan motor ER6n ni, pada harga yg taklah mahal macam motor besar yg lain. Walau bagaimanapun, motor ni dianggap motor budget bike di mana peralatan assessories yg dipasang padanya , sekadar cukup dan asas sahaja. Maksud saya dari segi assessories seperti brake system dan lain-lain. Contoh mudah brake pada ER6N ni yang basic sahaja, performance nya tak lah baik sangat. Jadi jika kita nak improve performance kita kena tukar lah sistem brake dia kepada brand yang lebih baik dan mahal. Contohnya saya sendiri dah tukar brake line dia kepada racing spec - brand Hel, orang panggil stell braided hose, 2 line untuk brake depan dan 1 line untuk brake belakang , harganya 3 line x RM200 = RM600. Kesannya, Braking performance improve by 100 % (pada jangkaan saya shj) jadi bila brake rasa lebih mencengkam dan cepat responsen ya, dari segi membrek, dan lepas brek. Itu salah satu contoh yg saya rasa mudah diberi.

Dari segi sistem lain pun begitu juga, sebab itu, lama kelamaan , orang yg nak rasa performance yg up sikit lagi, akan tukar upgrade seperti pada tayar depan belakang, absorber, exhaust, air filter, dan lain-lain.

Tapi dari segi harga, motor nih saya rasa paling murah di pasaran. Sebabnya, ia dipasang di Malaysia dan dianggap motor CKD - jadi tax nya taklah tinggi, menjadikan harganya sangat murah berbanding motor besar yg lain.

Dari segi kos maintenance setakat pakai motor nih dah 2 tahun, sangat minimal. Kos servis sahaja lah, minyak enjin setiap 3,000 km, (in line 2) kena pakai 2 botol, (sebotol RM25 - 30) plug setiap 6,000 km (dalam RM48). Kos beli barang assessories terpulang kepada diri masing-masing sebab safety sangat penting seperti kasut boot, jaket motor, dll.

Dari segi kepuasan pula, ada 2 perkara saya nak cakap:

1) Motor ni horsepower nya sekitar 70 hp. Saya rasa memang power dan pick up. Top speed boleh lebih 200 km/j. senang-senang je. (Cuma berani atau tidak je)(Kalau nak bawa laju kena pasang windshield untuk tolak tolakan angin dari depan) Dari segi pick up memang kuat, sebab dia in line 2, mengalahkan motor in line 4 jika di traffic light.

2) Kepuasan dari segi ber club. Kita ada Kelab FERNO - Friends Among ER6 Owners, dan sila cari forum nya di http://er6.my-forums.net/index.php?sid=f62256bb93e95e8d620997ea3fc2bafc&mforum=er6

di mana banyak perbincangan fasal motor nih dan perjumpaan (TTS) dan rides dll.


Ok, sekian ringkas sahaja untu permulaan kata.

Yusuff, 0129143108.