Feb 23, 2010

Hari ini aku gumbira...

Yes, hari ini (semalam) aku sangat gembira, bila baca posting sdr ArRaubi mengenai trip first time ke Koh Samui di http://er6.my-forums.net/viewtopic.php?p=51357&mforum=er6#51357

Yg canteknya posting beliau : pada 1/jalan cerita 2/gambar yg cantek & jelas (boleh meleleh air liur tengok makanan - thank U and syabas....

Feb 21, 2010

Konvoi ke Koh Samui, Thailand dari 12-16 Feb.2010

Suka saya melaporkan di sini:

- Perjalanan trip ke Thailand sejauh 2,000 km bersama 11 buah motorsikal (14 orang - 3 couples) telah selamat pergi dan balik.

- Kesukahatian memang jelas ternapak di wajah semua peserta, 

- Tempatnya cantik, jalannya bagus, barangnya murah, makanannya juga sedap dan berpatutan, dan beberapa pengalaman baru,

- Dari segi pengalaman : "This is my first konvoi oversea in Thailand ever for me".

- Thank you so much kepada Urusetia (Fuad-the Planner, Shawal- the Leader, dan lain-lain) kerana menjaga kita orang selamat semua

- 2 malam di Hadyai dan 2 malam di Koh Samui (Pulau nih)...

Nanti sambung lagi....

Feb 10, 2010

Menambah koleksi dan tambah assessories pd Feb 2010 nih

Sorry, dah lama tak update.

Untuk makluman semua, aku akan join konvoi FERNO area Bangi nih, ke Koh Samui , Thailand , bertolak pada Jumaat pagi, jam 930 pada 12 Feb 2010 , Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan balik Selasa pagi, 16hb.

Persiapan antara lain dlm beberapa hari kebelakangan nih adalah seperti berikut:

Bab ganti:

1. Aku tukar tayar depan belakang, dulu tayar Dunlop , standard ke tayar Michelin Pilot Road 2, dengan kos RM850 (belakang- RM480) dan depan, RM370. Kedai : depan Hotel Dynasty, jln Ipoh, KL

Kesan: pemanduan, sungguh best, bila badan condong ke kana, motor ikut ke kanan, condong ke kiri, motor turut mudah ikut ke kiri. Sebabnya keadaaan tayar yg lebih bulat di bawah...Tayar lama, semalam aku bawa kereta bawa balik rumah, boleh pakai lagi, bunga masih ada, sayang beb, mahal tuh, jadi pakai biar sampai habis bunga....

Bab Membeli assessories:

2. Aku beli helmet Nolan N62, rege RM720 kat NKS Sentul

Kesan : sungguh ringan, macam tak rasa bawa apa-apa dengan tangan, bunyi lebih senyap...

3. Aku juga beli kat NKS Sentul tank bag, jenis BP Power kot, rege RM180 kot?

Yg nih saiznya besar, boleh letak helmet full face,...


Bab Baiki:

4. Aku baiki horn yg bunyi dah slow, dengan horn baru, yg merah Hella brand sama dulu, kos RM75, kat kedai beli tayar tuh

5. Aku baiki double signal yg tak menyala belah kiri, tukar relay , kos RM55, dah okey dah sekarang....


Bab Pemasangan Baru:

6. Aku pasang suis cut off lampu depan di pasang di bahagian depan, di fairing kanan, jika bawa waktu siang, dengan harapan kurang makan bateri, dah lampu lebih tahan lama jangka hayatnya, kos RM25. Walaupun begitu, lampu kecil di bhg atas menyala, dan lampu tinggi tak kacau, jika dipasang, ia akan menyala...


Bab Gajet Updates:

7. Aku dah pi kedai gps garmin, minta depa masukkan peta Thailand, free je. Aku juga beli holder baru ganti yg lama satu hilang tak dapat dikesan (bukan hilang betul), kos RM140 (dapat kurang RM10 jeh, asal 150).

Jadi ada 7 item : tayar, gps, horn,helmetN62,double signal,suis cut off lampu,tank bag besar,

Dan Lain-Lain :

Apa lagi? Ohh semalam kat kedai yg Jufri cakap, kat Campbell Complex, aku pi kedai barang kulit tuh, aku beli lagi satu:

8. Jaket kulit, separa lengan , RM 130.

9. Jaket motor, RM170 ini banyak murah ohhh, aku panggil jaket Red Bull

10. Pad besar bendera Malaysia sais 7 inci kot, dibuat dari PVC, utk dijahit pada jaket next time, kedai dia boleh jahitkan...

11. Gloove kulit murah, RM25 , boleh dibuat boxing kat gim Sapura nih...